ISLAMABAD: Pakistan mengesahkan melancarkan beberapa serangan udara menyasarkan kumpulan militan di negara jirannya, Afghanistan, di mana kerajaan Taliban melaporkan kanak-kanak antara puluhan yang terkorban dan cedera. Serangan semalaman itu merupakan yang paling meluas sejak pertempuran sempadan pada Oktober lalu yang meragut lebih 70 nyawa dan mencederakan ratusan lagi di kedua-dua belah pihak. Islamabad menyatakan mereka menyasarkan tujuh lokasi kumpulan militan yang beroperasi dari Afghanistan di sepanjang wilayah sempadan susulan insiden…










