OIC, Arab kecam kenyataan duta AS ke Israel - Utusan Malaysia

OIC, Arab kecam kenyataan duta AS ke Israel

GAMBAR fail Mike Huckabee (kiri). - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Negara-negara Arab dan Islam hari ini mengeluarkan kecaman bersama terhadap kenyataan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee, yang menyatakan bahawa Israel mempunyai hak berasaskan kitab Injil terhadap kawasan luas di Asia Barat.

Huckabee yang merupakan penyokong tegar Israel bercakap dalam audio siar pengulas  dan pengkritik Israel, Tucker Carlson.

Dalam episod yang diterbitkan Jumaat lalui, Carlson mendesak Huckabee mengenai maksud satu ayat kitab Injil yang kadangkala ditafsirkan sebagai menyatakan bahawa Israel berhak ke atas tanah di antara Sungai Nil di Mesir dan Sungai Euphrates yang terletak di Syria serta Iraq.

Sebagai respons, Huckabee berkata: “Tidak mengapa jika mereka mengambil semuanya.”

Apabila didesak lanjut, beliau bagaimanapun menambah bahawa Israel tidak meminta untuk mengambil semua itu.

Kecaman itu semakin meluas apabila lebih 12 kerajaan Arab dan Islam bersama tiga organisasi utama mengeluarkan kenyataan bersama yang mengecam komen diplomat AS itu sebagai berbahaya dan menghasut.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Turkiye, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain, Lubnan, Syria,  Palestin, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk.

Mereka berkata komen tersebut bercanggah dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan usaha untuk meredakan perang Gaza serta memajukan hala tuju politik ke arah penyelesaian menyeluruh .Terdahulu, beberapa negara Arab telah mengeluarkan kecaman secara berasingan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN