Lapangan terbang Florida dinamakan sempena Donald Trump

Lapangan terbang Florida dinamakan sempena Donald Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah lapangan terbang di Florida akan dinamakan semula sempena nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas rang undang-undang berkaitan diluluskan oleh badan perundanga negeri itu pada Khamis.

Menurut rekod rasmi, badan legislatif Florida yang dikuasai Parti Republikan meluluskan cadangan untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Donald J. Trump.

Rang undang-undang itu kini menunggu tandatangan Gabenor Ran DeSantis sebelum berkuat kuasa.

Lapangan terbang berkenaan terletak berhampiran kediaman peribadi Trump di Mar-a-Lago, kawasan elit yang terkenal dengan pantai dan hartanah mewah.

Bagaimanapun, penukaran nama itu masih memerlukan kelulusan pihak berkuasa persekutuan, termasuk Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Jika diluluskan sepenuhnya, ia akan menjadi institusi terbaharu yang dinamakan sempena Trump, yang sebelum ini dikenali luas kerana meletakkan namanya pada pelbagai projek hartanah di dalam dan luar negara.

Lembaga Kennedy Center yang dipilih sendiri oleh presiden, sebuah kompleks seni dan tugu peringatan untuk mendiang Presiden John F. Kennedy di Washington, mengundi pada Disember untuk menamakan semula dirinya sebagai ‘Trump-Kennedy Center’.

Menurut laporan media AS, Trump turut berusaha menamakan semula Stesen Penn di New York serta Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan namanya sendiri, namun usaha tersebut ditolak.

Jabatan Perbendaharaan AS turut mengesahkan laporan draf telah disediakan bagi syiling peringatan bernilai AS$1 yang memaparkan imej Trump, walaupun terdapat undang-undang yang melarang paparan imej presiden yang sedang berkhidmat atau masih hidup pada mata wang.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN