Juruterbang dipuji buat pendaratan cemas di pantai Somalia

Juruterbang dipuji buat pendaratan cemas di pantai Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Seorang juruterbang menerima pujian selepas berjaya melakuan pendaratan cemas sebuah pesawat penumpang yang mengalami kerosakan teknikal di tepi pantai berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Somalia.

Starsky Aviation berkata, tindakan pantas juruterbang itu amat penting kerana berjaya menyelamatkan nyawa 50 penumpang dan lima anak kapal tanpa sebarang kecederaan serius.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia (CAA), kru pesawat jenis Fokker 50 melaporkan masalah sejurus selepas berlepas dari Mogadishu pada pagi Selasa dan meminta pesawat kembali semula ke landasan.

“Pesawat itu kemudian mendarat tetapi gagal berhenti di landasan, meluncur melepasi permukaan tarmac sebelum berhenti di perairan cetek,” kata Pengarah CAA, Ahmed Macalin Hassan.

Punca masalah teknikal itu masih belum dikenal pasti.

Rakaman video yang dikongsi di laman X menunjukkan penumpang meninggalkan pesawat dan berjalan ke pantai Lautan Hindi.

Misi Kesatuan Afrika (AU) di Somalia berkata, tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB dan AU dikerahkan segera untuk membantu usaha menyelamat.

Menteri Pengangkutan Somalia, Mohamed Farah Nur turut berada di lokasi kejadian, menurut satu hantaran di X.

“Kami lega untuk mengesahkan semua penumpang dan kru selamat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca masalah teknikal yang menyebabkan pendaratan kecemasan ini.

“Keputusan pantas dan tenang juruterbang memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan semua orang di atas pesawat dan kami memuji cara beliau menangani situasi ini,” kata jurucakap Starsky, Hassan Mohamed Aden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN