TEHERAN: Kementerian Luar Iran menolak dakwaan Presiden Donald Trump berhubung negara itu sedang membangunkan peluru berpandu yang mampu menyerang Amerika Syarikat (AS), dengan menyifatkannya sebagai pembohongan besar. Sebagai respons terhadap kenyataan Trump, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, presiden AS itu sendiri telah menjadi mangsa berita palsu. Beliau menyatakan bahawa Iran tidak membangunkan peluru berpandu yang mampu mencapai tanah besar Amerika sambil menambah bahawa angkatan bersenjata Iran telah dengan sengaja…










