TEHERAN/WASHINGTON: Iran memberi amaran pangkalan, kemudahan dan aset pasukan musuh di rantau Asia Barat akan dianggap sebagai sasaran yang sah sekiranya negara itu menghadapi serangan. Duta Besar dan Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menyatakan negaranya tidak akan memulakan sebarang peperangan. Namun, katanya, jika ia menjadi sasaran pencerobohan ketenteraan, Iran akan bertindak balas. Dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Presiden…










