LONDON: Dua pengurus pengebumian yang tidak berperikemanusiaan dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh sebuah mahkamah selepas didapati bersalah membiarkan 46 jasad mereput di dalam sebuah bilik penstoran mayat di premis mereka. Hukuman ke atas Richard Elkin, 49, dan Hayley Bell, 42, dijatuhkan oleh Mahkamah Mahkota Portsmouth, Britain selepas kedua-duanya didapati bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kacau ganggu awam, menghalang pengebumian yang sah dan menjalankan perniagaan dengan niat menipu. Mahkamah dimaklumkan…










