KYIV: Bekas Menteri Tenaga Ukraine, German Galushchenko ditahan ekoran siasatan kes rasuah ketika cuba menyeberangi sempadan ke Poland, menurut laporan media tempatan. Bekas menteri itu dikaitkan dengan skim sogokan bernilai AS$100 juta (RM390 juta) yang didakwa dikendalikan oleh seorang bekas sekutu rapat Presiden Volodymyr Zelensky. Kelmarin, beberapa media Ukraine melaporkan Galushchenko dibawa keluar dari sebuah tren dari Kyiv ke Warsaw pada waktu malam selepas pengawal sempadan menerima amaran mengenai individu…










