WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan aspirin sebagai punca lebam besar pada tangannya dan menafikan beliau tertidur semasa menghadiri mesyuarat awam. Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal, Trump yang mempertahankan kesihatannya juga membetulkan kenyataan terdahulu mengenai pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Oktober, dengan mengatakan ia sebenarnya adalah imbasan CT yang lebih cepat. Trump, 79 tahun, yang merupakan individu tertua pernah memegang jawatan Presiden AS memberitahu,…










