Tragedi kereta api maut di Sepanyol ragut puluhan nyawa

Tragedi kereta api maut di Sepanyol ragut puluhan nyawa

TANGKAP layar video menunjukkan pasukan kecemasan mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan kereta api di Adamuz, selatan Sepanyol.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban manakala lebih 153 lagi cedera dalam kemalangan kereta api di selatan Sepanyol yang disifatkan sebagai insiden rel terburuk di negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

Insiden berlaku apabila beberapa gerabak kereta api yang menuju ke Madrid tergelincir dari landasan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi kereta api di Adamuz, berhampiran bandar Córdoba.

Menurut pengendali rangkaian kereta api, seramai 400 penumpang dan kakitangan berada di dalam kedua-dua kereta api ketika kejadian. 

Seorang wartawan RTVE, Salvador Jimenez yang berada di dalam salah satu kereta api ketika kejadian berkata, hentaman itu dirasakan seperti gempa bumi.

Perkhidmatan kecemasan Andalusia memaklumkan sekurang-kurangnya 73 orang dibawa ke hospital, dengan 24 daripadanya mengalami kecederaan serius, termasuk empat kanak-kanak.

Sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menentukan sama ada punca kemalangan berkaitan dengan infrastruktur atau kereta api itu sendiri. 

Perdana Menteri Pedro Sanchez membatalkan agenda rasminya bagi menumpukan perhatian kepada krisis dan keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan Sepanyol, Óscar Puente menyifatkan kejadian itu sebagai ‘amat pelik’ malah, katanya, semua pakar rel yang dirujuk kerajaan sangat terkejut dan buntu dengan kemalangan tersebut.

Pengendali rangkaian rel, Adif, memaklumkan, perlanggaran berlaku kira-kira 10 minit selepas kereta api berlepas dari Málaga pada pukul 6.40 petang ( waktu tempatan) menuju ke Madrid, selepas ia tergelincir di satu laluan rel yang lurus.

Puente berkata, impak perlanggaran itu menolak gerabak kereta api kedua ke arah benteng. Kebanyakan mangsa yang maut dan cedera berada di gerabak hadapan kereta api kedua yang sedang dalam perjalanan dari Madrid ke Huelva.

Kereta api yang terlibat ialah jenis Freccia 1000, yang mampu mencapai kelajuan sehingga 400 kilometer sejam, menurut jurucakap syarikat kereta api Itali, Ferrovie dello Stato.

Pasukan penyelamat memaklumkan kerja-kerja menyelamat menjadi sukar akibat keadaan gerabak yang remuk teruk, menyukarkan usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN