BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro menegaskan sanggup mengangkat senjata demi negaranya, susulan ancaman yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap beliau dan kerajaannya. Dalam satu hantaran di media sosial semalam, Petro berkata, beliau akan bertindak balas sekiranya berlaku sebarang campur tangan ganas oleh AS di Colombia seperti yang berlaku di Venezuela pada hujung minggu lalu. “Saya telah bersumpah untuk tidak menyentuh senjata lagi. Namun demi tanah air, saya akan mengangkat senjata…










