JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyambut Tahun Baharu bersama penduduk yang terjejas akibat bencana di Tapanuli Selatan, Sumatera Utara, menerusi lawatan ke pusat pemindahan Batu Hula di Batang Toru, sekali gus menzahirkan keutamaan pentadbirannya terhadap usaha pemulihan pascabencana. Semalam, Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya berkata, pada malam ambang Tahun Baharu, Prabowo akan bermalam di Tapanuli Selatan dan berkemungkinan makan malam bersama penduduk setempat, bertukar ucapan serta menonton tayangan filem menggunakan…










