WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melaksanakan penggantungan tanpa tempoh terhadap pemprosesan visa dari 75 negara, satu langkah yang akan terus mengehadkan laluan kemasukan secara sah ke negara itu. Jabatan Negara AS pada Rabu memaklumkan langkah tersebut bertujuan untuk menamatkan apa yang disifatkan sebagai ‘penyalahgunaan sistem’ oleh individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kebajikan dan bantuan awam AS. Sejak kembali memegang jawatan, Trump berusaha mengehadkan kedua-dua kemasukan secara…










