Machado ikrar pulang ke Venezuela, kecam Presiden interim

Machado ikrar pulang ke Venezuela, kecam Presiden Interim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado berkata, beliau merancang untuk pulang ke tanah air secepat mungkin, sambil mengecam presiden interim di Caracas.

Dalam kenyataan awam pertamanya selepas tentera Amerika Syarikat (AS) secara paksa menyingkirkan bekas Presiden, Nicolas Maduro dari kuasa, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu berikrar untuk kembali ke negaranya.

“Saya merancang untuk pulang ke Venezuela secepat mungkin,” kata Machado kepada penyiar Sean Hannity di Fox News, bercakap dari lokasi yang dirahsiakan.

Machado secara terbuka menolak Presiden Interim negara itu, Delcy Rodriguez, menyifatkan beliau sebagai antara arkitek utama penyeksaan, penganiayaan, rasuah dan penyeludupan dadah.

Rodriguez, yang menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Washington, pernah menjadi naib presiden Venezuela di bawah Maduro.

Machado berkata, Rodriguez ditolak oleh rakyat Venezuela, dan pengundi berada di pihak pembangkang.

“Dalam pilihan raya yang bebas dan adil, kami akan menang dengan lebih 90 peratus undi, saya tidak ragu mengenainya,” kata Machado.

Machado juga berikrar untuk menjadikan Venezuela sebagai hab tenaga di Amerika dan membongkar semua struktur jenayah yang membahayakan rakyatnya.

Beliau turut berjanji untuk membawa pulang jutaan rakyat Venezuela yang terpaksa melarikan diri dari negara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×