NEW YORK: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai ejen persekutuan dalam cubaan untuk membebaskan Luigi Mangione, suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Healthcare pada 2024. Mark Anderson, 36, didakwa pergi ke penjara di New York tempat Mangione ditahan dan mendakwa dirinya adalah ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), menurut dokumen aduan jenayah. Beliau turut mendakwa memiliki dokumen yang ditandatangani oleh hakim bagi membebaskan suspek…










