DAVOS: Satu penggera kebakaran dibunyikan lewat Rabu di Pusat Kongres Davos ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 sedang berlangsung, pada waktu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berada di dalam bangunan tersebut, lapor agensi berita Switzerland, Keystone-SDA.
Jurucakap polis Graubünden memberitahu agensi berita itu, setakat ini punca sebenar kebakaran masih belum dapat dipastikan.
Menurut laporan, Trump berada di dalam bangunan ketika insiden berlaku, selepas beliau menyampaikan ucapan lebih awal pada sebelah petang.
Pihak polis berkata, tiada kecederaan dilaporkan, walaupun anggota bomba, polis dan ambulans dikerahkan berikutan tahap keselamatan yang tinggi mengelilingi acara tersebut.
Insiden itu merupakan kecemasan berkaitan kebakaran kedua di Davos pada malam yang sama. Polis berkata, sebuah pondok fondue berhampiran sebuah hotel turut terbakar, menyebabkan tetamu hotel dipindahkan sementara.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, menurut pihak polis.










