BEIJING: Dua individu maut selepas kapal kargo membawa bendera Singapura dilaporkan terbalik di Laut China Selatan. China dan Filipina memaklumkan operasi menyelamat dilancarkan selepas menerima laporan mengenai sebuah kapal kargo yang mengalami kecemasan berhampiran Terumbu Scarborough kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. Tentera China berkata, pihaknya menerima laporan seramai 17 kru berjaya diselamatkan, namun dua daripada mereka kemudiannya meninggal dunia. Tentera China menghantar pesawat bagi menjalankan operasi pencarian, manakala Pengawal Pantai…










