China ikrar lindungi kepentingan susulan tarif AS ke atas urus niaga Iran

China ikrar lindungi kepentingan susulan tarif AS ke atas urus niaga Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menegaskan akan melindungi hak dan kepentingannya selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas mana-mana negara yang menjalankan urusan perniagaan dengan Iran.

“Kami sentiasa berpendirian tiada pihak yang akan menang dalam perang tarif dan China akan dengan tegas mempertahankan hak serta kepentingannya yang sah,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media berkala ketika diminta mengulas pengumuman tarif oleh Trump.

Sebuah kumpulan hak asasi menganggarkan tindakan kerajaan terhadap protes di Iran mengorbankan sekurang-kurangnya 648 nyawa, ketika pihak berkuasa berusaha menguasai semula keadaan berikutan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara.

Menjawab soalan mengenai nasihat kepada warga China yang merancang untuk melancong ke Iran, Ning berkata, Beijing kini memantau dengan teliti perkembangan situasi.

“Kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi keselamatan warga China,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×