AS pulangkan kapal tangki minyak Venezuela

AS pulangkan kapal tangki minyak Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan menyerahkan semula sebuah kapal tangki minyak kepada Venezuela selepas merampasnya pada Januari lalu, menurut dua pegawai AS kepada Reuters pada Rabu.

Langkah itu menandakan kali pertama pentadbiran Presiden, Donald Trump memulangkan semula kapal tangki yang ditahan selepas melancarkan operasi besar-besaran sejak akhir tahun lalu untuk merampas kapal yang dikaitkan dengan Venezuela.

Setakat ini, sebanyak tujuh penahanan dilakukan.

Pegawai yang enggan dikenali itu mendedahkan, kapal dipulangkan kepada pihak berkuasa Venezuela adalah supertanker M/T Sophia yang berdaftar di Panama. 

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan alasan di sebalik keputusan pemulangan tersebut.

M/T Sophia dipintas pada 7 Januari lalu oleh Pengawal Pantai dan tentera AS.

Ketika itu, Washington menyifatkan kapal berkenaan sebagai sebahagian daripada ‘armada gelap’ yang tidak bernegara dan berada di bawah sekatan antarabangsa.

Trump meletakkan Venezuela sebagai fokus utama dasar luarnya di Amerika Latin, dengan matlamat awal untuk menggulingkan Presiden Nicolas Maduro daripada tampuk kuasa.

Selepas kegagalan usaha diplomatik, Trump mengarahkan pasukan tentera AS untuk menahan Maduro dan isterinya dalam satu serbuan nekad pada tengah malam 3 Januari lalu.

Sejak peristiwa itu, Trump menyatakan AS merancang untuk mengawal sumber minyak Venezuela bagi tempoh yang tidak ditetapkan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×