WASHINGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya melancarkan serangan berskala besar ke atas kumpulan militan IS di Syria sebagai tindak balas terbaharu terhadap serangan yang meragut nyawa tiga rakyat AS. Pusat Komando Pusat AS (CENTCOM) yang mengawasi pasukan ketenteraan AS di rantau ini berkata, beberapa serangan menyasarkan IS di seluruh Syria. Hantaran CENTCOM di X tidak memberikan butiran spesifik mengenai lokasi serangan. Rakaman udara kabur yang disertakan menunjukkan beberapa letupan…











