ANKARA: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dijadualkan tiba di Ankara untuk rundingan terakhir bagi mengelakkan serangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), ketika diplomat Turkiye cuba meyakinkan Teheran agar menawarkan konsesi terhadap program nuklearnya bagi mengelakkan konflik. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan sidang video diadakan antara Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Iran, Masoud Pezeshkian. Walaupun diplomasi berprofil tinggi seperti itu mungkin menarik minat pemimpin AS, ia dianggap sebagai…










