Aktiviti solar luar biasa cetus gangguan elektrik, komunikasi

Aktiviti solar luar biasa cetus gangguan elektrik, komunikasi

AURORA borealis yang terhasil akibat ribut geomagnetik matahari dilihat dari Taman Negara Shenandoah di Rileyville, Virginia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Aktiviti solar luar biasa yang dilepaskan oleh matahari menuju ke bumi berpotensi mencetus gangguan besar grid bekalan elektrik, sistem komunikasi berasaskan satelit serta ketepatan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Menurut Pusat Ramalan Cuaca Angkasa (SWPC), satu ribut geomagnetik yang diklasifikasikan pada tahap empat dari segi bahayanya sampai ke bumi pada pukul 2.20 petang (waktu tempatan) semalam dan kini sedang dipantau di bawah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS.

“Ribut radiasi solar teruk S4 kini sedang berlaku. Ini merupakan ribut radiasi suria terbesar dalam tempoh lebih 20 tahun. Kali terakhir tahap S4 direkodkan adalah pada Oktober 2003. 

“Kesan utama dijangka terhad kepada operasi pelancaran angkasa, penerbangan dan satelit,” menurut kenyataan SWPC di platform X.

Apabila ribut radiasi solar sampai ke bumi, ia boleh meningkatkan risiko pendedahan radiasi kepada angkasawan di orbit rendah bumi, termasuk mereka yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), selain penumpang pesawat yang melalui laluan kutub.

SWPC memaklumkan syarikat penerbangan, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Perbadanan Kebolehpercayaan Elektrik Amerika Utara (NERC) serta pengendali lain agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan.

Peningkatan aktiviti suria turut menghasilkan fenomena aurora di sekitar kawasan kutub, dikenali sebagai aurora borealis dan aurora australis. 

SWPC memaklumkan, aurora dapat dilihat di sebahagian besar kawasan utara AS, malah berpotensi sejauh Alabama dan California utara.

Ahli Fizik Makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa Universiti Colorado Boulder, Ryan French memberi amaran lebih banyak letupan suria berkemungkinan berlaku dari kawasan tompok matahari yang berpotensi menghasilkan lebih banyak lontaran menghala ke bumi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN