KYIV: Ukraine pada Jumaat menerima lebih 1,000 jasad individu dipercayai askar Ukraine yang terkorban dalam pertempuran menentang tentera Russia. Pertukaran tawanan perang dan penghantaran pulang mayat askar yang terkorban merupakan antara beberapa bidang kerjasama yang masih wujud antara Kyiv dan Moscow, yang menceroboh Ukraine pada Februari 2022. “Hari ini, aktiviti penghantaran pulang telah dilaksanakan. Sebanyak 1,003 jasad yang didakwa oleh pihak Russia milik anggota tentera Ukraine, telah dikembalikan ke negara…










