PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan tenteranya memusnahkan sebuah kawasan dok pelabuhan yang didakwa menempatkan bot penyeludupan dadah dari Venezuela. Trump berkata, satu letupan besar berlaku di kawasan dok berkenaan yang menurutnya menjadi lokasi utama bot-bot sarat dadah berlepas. “Kami telah memusnahkan bot-bot itu dan kini kami memusnahkan kawasan pelaksanaannya. Kawasan itu sudah tidak wujud lagi,” katanya kepada pemberita di resort Mar-a-Lago ketika menerima kunjungan Perdana Menteri…










