DHAKA: Tokoh politik utama dan calon perdana menteri, Tarique Rahman pulang ke Bangladesh semalam dan disambut oleh lautan penyokong selepas lebih 17 tahun hidup dalam buangan. Tarique, anak kepada bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia dan pewaris kepimpinan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), dilihat berjabat tangan dengan pemimpin parti sebaik tiba di Lapangan Terbang Dhaka. Diiringi isteri dan anak perempuannya, beliau melambai kepada penyokong sebelum beredar menaiki konvoi di bawah kawalan keselamatan…










