TAIPEI: Taiwan mengumumkan akan menyekat akses kepada aplikasi media sosial popular dari China, RedNote atau Xiaohongshu, selama setahun susulan kebimbangan meningkat mengenai kes penipuan membeli-belah dalam talian. Biro Siasatan Jenayah pulau itu pada Khamis berkata, pihaknya mengesan lebih 1,700 kes penipuan melalui aplikasi berkenaan sejak tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah lebih NT$247 juta (RM32.4 juta), lapor media tempatan. Aplikasi tersebut, yang mempunyai ciri seperti TikTok dan dilengkapi fungsi membeli-belah,…










