WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluaskan larangan perjalanan dengan menambah tujuh negara baharu termasuk Syria, ke dalam senarai negara yang dikenakan sekatan penuh untuk memasuki AS. Langkah yang diumumkan pada Selasa itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperketatkan piawaian kemasukan ke AS bagi tujuan perjalanan dan imigresen. Keputusan tersebut dibuat susulan penahanan seorang warga Afghanistan yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan terhadap dua anggota Pasukan Pengawal…










