TEL AVIV: Ribuan rakyat Israel dilaporkan beratur panjang di hadapan Kedutaan Portugal di Tel Aviv pada Sabtu bagi memohon kewarganegaraan Portugal, lapor portal Times of Israel, menurut Anadolu Orang ramai mula beratur sejak awal pagi di hadapan kedutaan tersebut untuk membuat permohonan. Hari temujanji khas secara bersemuka yang dianjurkan kedutaan dinamakan ‘kembali ke zaman dahulu’ itu bertujuan mengatasi kesesakan serius dalam sistem tempahan dalam talian, dan menerima sambutan luar biasa.…









