JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan rancangan memperoleh sehingga 200 helikopter baharu bermula tahun depan sebagai langkah memperkukuh pertahanan negara serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA). Menurutnya, Indonesia berdepan risiko bencana yang tinggi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, sambil merujuk kepada operasi kecemasan yang sedang berjalan berhubung banjir dan tanah runtuh di Sumatera ketika ini. Prabowo memaklumkan, lima helikopter baharu sudah diterima minggu ini dan…










