WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan keras terhadap pendatang Somalia, dengan mendakwa mereka tidak sepatutnya diterima di negara itu. Kenyataan tersebut dibuat ketika pentadbirannya berdepan skandal besar di Minnesota melibatkan penyelewengan dana perkhidmatan sosial bernilai lebih AS$1 bilion yang dikatakan berpunca daripada isu bil palsu oleh individu keturunan Somalia. Dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Trump mendakwa Somalia sebuah negara yang gagal…










