BANGKOK: Sebuah restoran kari terkenal di Bangkok mendedahkan seorang pelanggan warga asing menipu dalam cabaran makan untuk menuntut hadiah wang tunai sebanyak 20,000 baht (RM2,594). Gold Curry, restoran popular yang terkenal dengan kari Jepun bersaiz besar, juga dikenali dengan cabaran makannya. Restoran itu menawarkan hidangan percuma, baucar dan hadiah wang tunai kepada pelanggan yang dapat menghabiskan hidangan kari yang sangat besar dalam tempoh masa ditetapkan. Ini termasuk cabaran hidangan percuma…










