Masih banyak perlu dilakukan untuk capai rundingan damai Russia-Ukraine - AS - Utusan Malaysia

Masih banyak perlu dilakukan untuk capai rundingan damai Russia-Ukraine – AS

Marco Rubio
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HALLANDALE BEACH, Florida: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine mengadakan perbincangan selama kira-kira empat jam pada Ahad bagi mencari jalan penyelesaian konflik antara Russia dan Ukraine, beberapa hari sebelum utusan khas AS dijadual bertemu Presiden Vladimir Putin, di Moscow.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata sesi bersama delegasi Ukraine itu produktif, namun masih banyak kerja perlu dilakukan untuk mencapai perjanjian damai yang menyeluruh.

“Bukan sekadar menamatkan perang, tetapi juga mewujudkan syarat yang memastikan Ukraine mencapai kemakmuran jangka panjang,” katanya.

Utusan khas Presiden Donald Trump, Steve Witkoff, bersama Rubio dan menantunya, Jared Kushner, mewakili pihak AS dalam rundingan berprofil tinggi itu.

Perbincangan menumpukan kepada semakan cadangan pelan damai yang ditulis AS dan dikritik kerana terlalu berpihak kepada tuntutan Russia.

Rustem Umerov, ketua Majlis Keselamatan Ukraine, menyatakan penghargaan negara itu terhadap usaha AS dan menekankan sokongan berterusan Amerika sepanjang hampir empat tahun peperangan.

Namun beliau tidak mendedahkan sebarang kemajuan khusus daripada perbincangan tersebut.

Cadangan awal Trump termasuk penubuhan Dana Pembangunan Ukraine untuk melabur dalam industri pesat berkembang seperti teknologi dan kecerdasan buatan, serta kerjasama membangunkan semula infrastruktur tenaga negara itu.

Rubio menegaskan tujuan utama adalah memastikan keselamatan dan kemakmuran Ukraine selepas perang.

Walaupun rundingan dijalankan, serangan Russia terhadap Ukraine berterusan. Zelensky melaporkan serangan dron dan peluru berpandu membunuh dan mencederakan ramai orang, termasuk kanak-kanak.

Beliau menegaskan keperluan sistem pertahanan udara yang kukuh dan kerjasama antarabangsa bagi mencapai penyelesaian damai yang sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN