ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di bandar Homs, tengah Syria, ketika solat Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan. Pengarah Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans, Najeeb Al-Naasan, berkata angka korban masih belum dimuktamadkan dan kemungkinan meningkat, lapor Anadolu Ajansi. Serangan itu disasarkan ke Masjid Imam Ali ibn Abi Talib di Jalan Al-Khodari, kawasan Wadi al-Dhahab. Unit keselamatan segera dikerah ke lokasi kejadian dan mengawal…










