WASHINGTON: Sebuah kereta api kargo tergelincir di selatan Kentucky, mengakibatkan kebocoran sulfur cair ke udara, menurut pihak berkuasa. Sebanyak 31 gerabak terlibat dalam kemalangan berhampiran sempadan Kentucky-Tennessee, menurut ciapan Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, di platform X. Pasukan bahan berbahaya dikejarkan ke lokasi kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan. Pengarah Pengurusan Kecemasan Todd County, Ash Groves, memberitahu WEKT satu gerabak terbakar dan satu lagi terjejas, kedua-duanya membawa sulfur lebur. Stesen radio…










