LONDON: Penyanyi pop terkenal Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi bayangan mengenai hubungan cinta mereka selepas Perry memuat naik beberapa foto dan video daripada perjalanan mereka ke Jepun di Instagram. Dalam satu daripada gambar, Perry dan Trudeau tersenyum sambil bergambar swafoto. Dalam sebuah video pula, kedua-duanya dirakam mencuba sushi bersama. Setakat ini, Perry mahupun Trudeau belum membuat sebarang kenyataan umum mengenai hubungan mereka. Namun, spekulasi mengenai…










