Kanak-kanak lima tahun maut tengan tersepit di travelator

Kanak-kanak lima tahun maut tengan tersepit di travelator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAPPORO: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas lengan kanannya tersepit pada laluan pejalan kaki bergerak (travelator) di sebuah resort ski di Otaru, Hokkaido, Jepun, pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku kpukul 10 pagi apabila ibu mangsa menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas mendapati anaknya terperangkap pada travelator yang menghubungkan kawasan parkir kenderaan dengan cerun ski di resort berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Hinata Goto, yang menetap di Sapporo. Polis memaklumkan kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika cuba turun daripada travelator yang tidak dilengkapi susur tangan, sebelum lengannya tersepit pada struktur peralatan tersebut.

Pegawai resort memberitahu fungsi henti kecemasan tidak beroperasi secara automatik ketika kejadian, menyebabkan ibu mangsa terpaksa menekan butang henti secara manual.

Bagaimanapun, pihak resort mendakwa sistem keselamatan berfungsi dengan baik semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan lebih awal pada hari kejadian.

Memandangkan kakitangan tidak dapat mengeluarkan mangsa, pasukan penyelamat terpaksa membuka sebahagian struktur travelator bagi mengeluarkan kanak-kanak itu. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Pihak pengurusan resort memohon maaf atas kejadian berkenaan dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci serta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Laluan travelator sepanjang kira-kira 30 meter itu ditutup sementara, namun operasi resort ski diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN