SHAH ALAM: Kerajaan Indonesia berdepan pelbagai kekangan terutama infrastruktur awam mengalami kerosakan sehingga menjejaskan kelancaran penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman. Ia berikutan kekurangan aset dan jentera untuk digunakan bagi tujuan tersebut apabila masih terdapat kawasan-kawasan khususnya yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Sumatera Utara. Aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO) Al-Ain International Malaysia (AIM), Abdullah Sadzik yang berada di Aceh, Indonesia berkata, masih terdapat…










