TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan arahan baharu yang melarang pegawai kanan berpangkat Leftenan Kolonel dan ke atas menggunakan telefon pintar Android untuk urusan rasmi, sebaliknya mewajibkan penggunaan iPhone. Langkah itu dibuat bagi mengurangkan risiko pencerobohan siber dan kebocoran maklumat dengan menyeragamkan sistem operasi di peringkat kepimpinan tertinggi, sekaligus memudahkan kawalan keselamatan dan kemas kini peranti. Menurut laporan Army Radio, penilaian keselamatan mendapati peranti Android lebih terdedah kepada serangan…










