Hujan lebat, banjir lumpuhkan California

Hujan lebat, banjir lumpuhkan California

HUJAN lebat yang melanda California sejak Rabu lalu mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan kawasan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Hujan lebat berterusan melanda California, mencetuskan banjir kilat, aliran runtuhan dan amaran kecemasan di beberapa kawasan selatan negeri itu, khususnya di wilayah yang pernah terjejas kebakaran hutan.

Ribut berkenaan dipacu fenomena atmosfera dikenali sebagai Pineapple Express yang membawa kelembapan tinggi dari Hawaii ke pantai barat Amerika Syarikat dengan ramalan hujan lebat bersamaan beberapa bulan dalam tempoh hanya beberapa hari.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran California Selatan termasuk Los Angeles, berdepan risiko hujan berlebihan selain kemungkinan banjir kilat, limpahan sungai dan aliran lumpur, terutamanya di kawasan bekas kebakaran yang kurang mampu menyerap air.

Menurut NWS, hujan dijangka berterusan sehingga Jumaat dengan angin kencang mencatatkan kelajuan sehingga 88.5 kilometer sejam di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko kerosakan dan kejadian berbahaya.

Pihak berkuasa negeri mengisytiharkan darurat di beberapa daerah termasuk Los Angeles, manakala pegawai daerah memberi amaran keadaan jalan raya, sungai dan saluran banjir kekal berbahaya, sambil menasihatkan orang ramai supaya menyemak keadaan sebelum keluar.

Hujan lebat mula melanda sejak Rabu dengan beberapa komuniti merekodkan sehingga 25 sentimeter hujan dalam ribut pertama.

Sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan akibat kejadian berkaitan ribut, termasuk seorang lelaki yang maut dihempap pokok tumbang.

Di daerah San Bernardino, air berlumpur mengalir deras di bandar pergunungan Wrightwood, memerangkap penduduk di dalam rumah dan kenderaan, memaksa anggota bomba menjalankan operasi menyelamat sehingga lewat malam.

California Utara turut berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila ribut kuat dikesan menghampiri Teluk San Francisco dengan amaran banjir kilat dikeluarkan dan kemungkinan ribut petir teruk serta puting beliung, selain ramalan ribut salji di Banjaran Sierra Nevada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×