DOHA: Hamas bersedia mempertimbangkan ‘pembekuan’ penggunaan senjata sebagai pertukaran kepada gencatan senjata jangka panjang di Gaza, namun tetap menolak tuntutan perlucutan senjata sepenuhnya seperti yang digariskan dalam pelan damai tajaan Amerika Syarikat (AS). Pemimpin kanan Hamas, Khaled Meshaal, dalam wawancara bersama saluran Al Jazeera berkata, desakan antarabangsa untuk kumpulan itu melucutkan semua senjata adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. “Cadangan yang dibincangkan bukan perlucutan senjata, tetapi pembekuan atau penyimpanan senjata…










