NEW YORK: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan rekod juri besar daripada kes pemerdagangan seks melibatkan Jeffrey Epstein pada 2019 didedahkan kepada umum. Keputusan itu sekali gus membuka jalan kepada pendedahan dokumen berprofil tinggi yang lama dituntut mangsa. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Richard M. Berman susulan penguatkuasaan Akta Ketelusan Fail Epstein yang diluluskan Kongres dan ditandatangani Presiden Donald Trump. Undang-undang baharu tersebut kini mengatasi kebimbangan privasi yang…










