GAZA: Dengan angka korban mencecah 70,000 orang, puluhan ribu lagi cedera, ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal dan seluruh kawasan musnah, usaha membangunkan semula Gaza kini dianggap amat besar dan sukar dibayangkan. Namun, di beberapa lokasi yang menempatkan monumen bersejarah paling penting wilayah itu yang turut mengalami kerosakan teruk, pekerja sudah mula menjalankan kerja pembersihan, menggunakan penyodok untuk mengeluarkan sisa tinggalan sejarah yang masih terselamat. Ini termasuk tapak budaya paling…










