WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan fail siasatan berkaitan kes pesalah seks, Jeffrey Epstein pada Jumaat, namun pendedahan itu mencetuskan kontroversi apabila sebahagian besar dokumen disunting dan ditutup daripada tatapan umum. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memaklumkan ribuan rekod berkaitan siasatan terhadap Epstein mula diterbitkan, termasuk gambar dan dokumen yang menunjukkan hubungannya dengan individu berprofil tinggi, namun banyak maklumat penting dihitamkan dengan alasan melindungi mangsa serta siasatan berkaitan. Antara bahan yang…










