Empat sekeluarga terperangkap dua jam di restoran sky-dining

Empat sekeluarga terperangkap dua jam di restoran sky-dining

EMPAT sekeluarga termasuk dua kanak-kanak terperangkap selama lebih dua jam atas restoran sky-dining di Kerala, India. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Sebuah keluarga terpaksa turun menggunakan tali bagi menyelamatkan diri selepas tergantung setinggi 45 meter di udara di sebuah restoran ‘sky-dining’.

Keluarga empat beranak itu, Muhammed Safwan, 31, isterinya Thoufeena, 25, serta dua anak mereka diselamatkan pada Jumaat selepas kren yang mengangkat platform makan tersebut mengalami kerosakan dan menyebabkan mereka terperangkap di udara selama lebih dua jam di Kerala, India.

Pasukan bomba dan penyelamat dari Munnar dan Adimali tiba sekitar pukul 4 petang, dengan anggota penyelamat memanjat tali untuk mencapai platform makan yang tergantung itu.

Keluarga berkenaan kemudian terpaksa turun menggunakan tali dengan bantuan penyelamat.

Kanak-kanak serta Thoufeena diturunkan terlebih dahulu, diikuti Safwan dan seorang pekerja restoran, Haripriya, 28. Kesemua mereka selamat turun pada pukul 4.30 petang.

Satu jaring keselamatan turut dipasang di bawah kren sepanjang operasi.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kegagalan hidraulik pada kren tersebut.

Saksi memberitahu, keluarga itu terperangkap sejak pukul 1.30 tengah hari.

Penduduk setempat yang menyedari keadaan tersebut menghubungi pihak berkuasa.

Seorang pekerja restoran berkata, tiada panik berlaku sepanjang insiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×