HOUSTON: Seorang individu yang menggunakan kerusi roda mencipta sejarah apabila berjaya terbang ke angkasa buat pertama kali pada Sabtu, menerusi penerbangan singkat bersama syarikat Blue Origin. Syarikat penerokaan angkasa milik bilionair Amerika Syarikat (AS), Jeff Bezos melancarkan misi suborbit New Shepard membawa enam individu termasuk seorang jurutera Jerman yang berkerusi roda pada pukul 8.15 pagi (waktu tempatan) dari tapak di Texas. Michaela Benthaus, seorang jurutera aeroangkasa dan mekatronik dari Jerman…










