Beijing ugut langkah tegas, bantah jualan senjata AS kepada Taiwan - Utusan Malaysia

Beijing ugut langkah tegas, bantah jualan senjata AS kepada Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tentera China akan meningkatkan latihan dan mengambil langkah tegas bagi mempertahankan kedaulatan serta keutuhan wilayah negara itu, kata Kementerian Pertahanan pada Jumaat sebagai tindak balas terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS)meluluskan pakej jualan senjata bernilai AS$11.1 bilion (RM45.2 bilion)0 kepada Taiwan.

Pakej berkenaan, yang merupakan jualan senjata terbesar pernah ditawarkan oleh AS kepada pulau yang dianggap Beijing sebagai wilayahnya sendiri, diumumkan ketika China terus meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik terhadap Taiwan.

Kementerian itu berkata pihaknya telah mengemukakan bantahan keras kepada AS dan menggesa negara itu segera menghentikan jualan senjata kepada Taiwan serta mematuhi komitmennya untuk tidak menyokong kuasa kemerdekaan Taiwan.

“Kuasa pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’, dengan mengorbankan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Taiwan, menggunakan wang hasil titik peluh rakyat biasa untuk mengkayakan pengedar senjata AS dalam cubaan mencari kemerdekaan dengan bergantung kepada kekuatan ketenteraan’,” menurut kenyataan kementerian itu.

AS yang didakwa berulang kali mungkir janji dengan memanjakan serta menyokong kemerdekaan Taiwan, pasti akan menerima akibatnya sendiri,” tambah kenyataan berkenaan.

“Kebebasan Tentera Pembebasan Rakyat China akan terus memperkukuh latihan dan kesiapsiagaan tempur, mengambil langkah kukuh bagi mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara, serta dengan tegas menggagalkan cubaan pemisahan kemerdekaan Taiwan dan campur tangan luar,” katanya.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak memperincikan bentuk langkah yang akan diambil.

Washington mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Beijing, namun mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan dan merupakan pembekal senjata terpenting kepada pulau itu.

AS terikat di bawah undang-undang untuk membekalkan Taiwan dengan keupayaan mempertahankan diri, walaupun jualan senjata itu terus menjadi punca ketegangan dengan China.

Pakej senjata terbaharu itu merangkumi sistem roket HIMARS buatan Lockheed Martin, yang telah digunakan secara meluas oleh Ukraine dalam menentang tentera Russia.

Kerajaan Taiwan yang dipilih secara demokratik menolak tuntutan kedaulatan Beijing, dengan menegaskan hanya rakyat pulau itu berhak menentukan masa depan mereka.

China juga menolak tawaran rundingan berulang kali daripada Presiden Taiwan, Lai Ching-te, dengan menyifatkannya sebagai seorang pemisah dan tidak menolak kemungkinan penggunaan kekerasan untuk mengambil alih kawalan ke atas pulau berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×