JAKARTA: Sebulan selepas banjir besar dan aliran lumpur melanda wilayah Aceh, keadaan di banyak kawasan masih belum pulih sepenuhnya dengan kampung-kampung dipenuhi runtuhan, manakala ribuan penduduk terus bergantung kepada bantuan dan sokongan sesama komuniti. Bencana banjir dan tanah runtuh akibat cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan Taufan Senyar itu melanda wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh pada penghujung November lalu, dengan Aceh muncul sebagai kawasan paling teruk terjejas. Aceh mencatat…










