NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan 55,000 keluarga Palestin terjejas akibat hujan dan ribut baru-baru ini di Semenanjung Gaza yang menyebabkan kerosakan terhadap harta benda serta tempat perlindungan mereka. Kenyataan itu disampaikan oleh Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq semasa taklimat media di ibu pejabat PBB di New York pada Rabu. Menurut Haq, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menganggarkan bahawa hampir 55,000 keluarga setakat ini…










