23 maut kebakaran kelab malam di Goa - Utusan Malaysia

23 maut kebakaran kelab malam di Goa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 23 orang terkorban dalam satu kebakaran di sebuah kelab malam popular di bandar peranginan Goa awal pagi Ahad, menurut Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant serta beberapa pegawai kerajaan.

Kebakaran yang berlaku sekitar tengah malam itu tercetus di sebuah kelab malam di Arpora, daerah Goa Utara, dengan beberapa pelancong dilaporkan antara mangsa yang maut.

Menurut laporan Press Trust of India, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci mengenai punca kejadian.

Sawant menerusi hantaran di platform X menyifatkan hari tersebut sebagai detik menyedihkan buat seluruh penduduk Goa.

Beliau menegaskan tragedi itu meragut 23 nyawa dan menuntut tindakan segera bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Katanya, beliau sudah melawat lokasi kejadian dan mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan segera.

Sawant menegaskan, mana-mana pihak yang didapati cuai akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang tanpa kompromi.

Beliau juga memaklumkan kepada wartawan bahawa antara mangsa, tiga hingga empat adalah pelancong asing.

Tiga mangsa meninggal dunia akibat melecur, manakala yang lain maut akibat sesak nafas ketika kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN