200,000 penduduk Congo larikan akibat serangan baharu selepas Trump umum pelan damai

200,000 penduduk Congo larikan diri akibat serangan pemberontak selepas Trump umum pelan damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZAVILLE: Kira-kira 200,000 penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah masing-masing di timur Congo dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kumpulan pemberontak M23 yang disokong Rwanda mara ke sebuah bandar strategik hanya beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi tuan rumah kepada pemimpin Rwanda dan Congo untuk mengumumkan perdamaian.

PBB berkata, sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh yang kebanyakannya orang awam manakala 83 dimasukkan ke hospital akibat pertempuran yang semakin sengit sejak beberapa hari lalu.

Pegawai tempatan dan penduduk berkata, kumpulan M23 sedang mara menuju bandar tasik Uvira di sempadan Burundi dan bertempur dengan tentera Republik Demokratik Congo serta kumpulan tempatan dikenali sebagai Wazalendo di kampung-kampung utara bandar itu.

Di Washington, AS dan sembilan lagi ahli Kumpulan Perhubungan Antarabangsa (ICG) bagi rantau Great Lakes pada Selasa menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap keganasan baharu itu, menurut kenyataan bersama.

Kumpulan itu berkata, serangan terbaharu M23 berupaya menggugat kestabilan seluruh rantau sambil menambah penggunaan dron serangan dan dron bunuh diri menandakan peningkatan besar dalam pertempuran dan mengancam keselamatan orang awam.

Keganasan ini berlaku selepas Trump minggu lalu menjadi tuan rumah kepada presiden Rwanda dan Congo di Washington bagi menandatangani perjanjian yang mengesahkan komitmen yang dirunding AS dan Qatar untuk menamatkan perang.

“Hari ini kita berjaya di mana ramai pihak lain gagal,” kata Trump pada acara 4 Disember itu, mendakwa pentadbirannya telah menamatkan konflik 30 tahun yang meragut jutaan nyawa.

Pejuang M23 mara ke arah Uvira pada Selasa selepas diserang tentera pemerintah, kata Corneille Nangaa, pemimpin gabungan pemberontak Alliance Fleuve Congo (AFC), yang menggesa tentera Congo yang melarikan diri agar tidak meninggalkan bandar itu.

“Kamu adalah warga Congo dan tentera Wazalendo. Jangan tinggalkan Uvira. Tunggu kami membebaskan kamu,” kata Nangaa, merujuk kepada AFC gabungan luas yang merangkumi M23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN